Skip to main content

COMEDY SCRIPT - Oh Manusia!


SKRIP Oh Manusia! EP 9 V3
01.03.2019 – Drama Rokok 3 Meter

SEGMENT 1
1. H – INTRO Episode

Bila sebut pasal rokok, ramai orang akan terbayang-bayang akan peraturan baru yang telah ditetapkan oleh kerajaan baru.

Yang pasti, ramai orang belum dapat mematuhi peraturan baru ini dengan pelbagai alasan seperti terlalu jauh dan lain lain.

Saya, Risk Saidon dan beberapa panel jemputan lain akan bersama berdiskusi 'Drama Rokok 3 Meter' di Oh Manusia! seketika nanti!

[SUPER NAMA = Risk Saidon]
[SUPER LOKASI = Secara Langsung Dari Studio 11]
[SUPER TARIKH: Jumaat, 1 Mac 2019]
[SUPER TITLE: Drama Rokok 3 Meter]

2. *ROLL OPENING MONTAGE* 

3. H - INTRO TOPIK:
Rakyat Malaysia mempunyai banyak alasan yang sentiasa bersama mereka, terutamanya selepas kerajaan membuat peraturan baru tentang menghisap rokok sejauh 3 meter dari kedai makan.

Sekarang ini, kita mahu mencari apakah alasan alasan yang bersama perokok perokok untuk tidak mengikuti peraturan baru ini dan mengapakah mereka berasa resah tentang peraturan ini.

Adakah salah kerajaan atau salah perokok?

4. H: INTRO GOS + DISCUSS TOPIC – PUNCA PEROKOK TIDAK MENGIKUTI PERATURAN BARU
Apa kata kita dengar sendiri jawapan dari panel jemputan Risk hari ini, seorang peniaga kedai makan, En. Ashul, Puan Gaus dan juga anak mereka Megat Fawwaz atau lebih dikenali sebagai Ah Cong.

[SUPER GOS = En. Ashul / Peniaga Kedai Makan]             
[SUPER GOS = Puan Gaus / Ibu Megat Fawwaz/Ah Cong]
 [SUPER TOPIK = Punca Perokok Tidak Mengikuti Peraturan Baru]

SOALAN – En. Ashul / Peniaga Kedai Makan
1.  En. Ashul, sebagai peniaga kedai makan, apakah pendapat anda tentang punca perokok tidak mengikuti peraturan baru yang telah ditetapkan oleh kerajaan baru?
2.  Kadang kadang, bila mereka memberi alasan dan tidak mahu mengikuti peraturan ini, apa yang En. Ashul akan lakukan?
3.  Adakah mereka tidak tahu jika orang melanggar peraturan baru ini di kedai makan tersebut, peniaga kedai makan akan dikenakan tindakan?
4.  Bila En. Ashul dimarah oleh salah seorang pelanggan mengenai hal rokok ini, apakah yang En. Ashul lakukan? Adakah En. Ashul marah balik atau berdiam diri dan menangis di dalam tandas?
*insert playback to support the interview



Soalan Untuk Puan Gaus & Megat:
1.   Bulan lepas, seperti yang diceritakan oleh En. Ashul apakah yang Puan Gaus rasa apabila melihat suami Puan dimarah oleh pelanggan tersebut?
*overlay article
2. Megat, sudah tentu Megat ada kawan kawan yang merokok, jadi ada apa apa yang mereka ceritakan kepada Megat tentang peraturan ini?
3. Adakah Puan Gaus & Megat bersetuju tentang peraturan ini atau Puan Gaus & Megat bersetuju untuk membiarkan pelanggan pelanggan merokok di premis Puan Gaus & En. Ashul?
4. Pada pendapat Megat, adakah wajar tentang peraturan ini?
*insert playback to support the interview

5. T : Jenis Jenis Alasan Yang Diberikan Oleh Perokok
Selepas ini, kita nak berkongsi apakah pula alasan alasan yang sering diberikan oleh perokok tentang peraturan rokok 3 meter ini. Jangan kemana mana!
6. VX:  + 7. [BUMPER OUT]


SEGMENT 2

8. [BUMPER IN] + 9. H: WELCOME BACK + PROMOTE OPEN CALLER

Selamat kembali ke Oh Manusia!

Bercakap tentang peraturan rokok 3 meter ini, pasti ramai penonton dirumah atau dimana sahaja juga ada pengalaman atau pendapat sendiri yang ingin dikongsikan...

*Risk to remind viewers to contribute their inputs via our social media + promote open caller
[SUPER STUDIO NUMBER = Talian Helo Doktor TV3: 03-5569 2533]
*READ OUT COMMENT /QUESTION FROM SOCIAL MEDIA IF ANY

10. H: DISCUSS TOPIC – Jenis-Jenis Alasan Yang Diberikan Oleh Perokok 
Bila sudah tahu apakah punca-puncanya, kita juga perlu tahu jenis-jenis alasan daripada perokok perokok diluar sana.

[SUPER TOPIK: Jenis-Jenis Alasan]
SOALAN – En. Ashul / Peniaga Kedai Makan
1.  Secara umumnya, perokok perokok telah biasa menghisap rokok di premis kedai makan, jadi apakah pendapat En. Ashul bagi perokok perokok diluar sana mengikuti peraturan ini?
2.  Dengan cara apakah yang En. Ashul hendak lakukan?
3.  Adakah dengan perokok yang tidak mengikuti peraturan ini akan membawa kesan kepada peniaga kedai makan atau orang disekeliling?
4.  Adakah benar perokok perokok diluar sana mengambil remeh tentang peraturan ini?
*insert playback to support the interview

Soalan Untuk Megat :
1. Adakah Megat ada mendengar kutukan atau rungutan daripada kawan kawan?
2. Ada tak Megat berasa marah apabila mendengar rungutan daripada kawan kawan yang tidak mahu mengikuti peraturan ini?
3. Adakah Megat berasa mahu menolong En. Ashul tentang hal ini?
*insert playback to support the interview

***TAKE OPEN CALLER…IF ANY

11. T: Kenalpasti Tentang Ketidakpuashatian Perokok Perokok
Anda sudah tahu mengapa perokok perokok tidak mahu mengikuti peraturan ini. Oh Manusia, selepas ini!

12. [BUMPER OUT]

SEGMENT 3
13. [BUMPER IN] + 14. H: WELCOME BACK + PROMOTE OPEN CALLER

Terima kasih kerana masih setia bersama Risk dan panel jemputan kami hari ini …  

*Risk to remind viewers to contribute their inputs via our social media + promote open caller
Talian Oh Manusia! TV11: 03-5569 2533
*READ OUT COMMENT /QUESTION FROM SOCIAL MEDIA IF ANY

15. H: DISCUSS TOPIC – Kenalpasti Tentang Ketidakpuashatian Perokok Perokok

Cara terbaik untuk mengelakkan perokok perokok untuk tidak melanggar peraturan ialah dengan mengenalpasti tentang ketidakpuashatiannya dengan lebih awal.

[SUPER TOPIK: Kenalpasti Tentang Ketidakpuashatian Perokok Perokok]
SOALAN –  En. Ashul / Peniaga Kedai Makan
1.       Jadi En. Ashul, selalu nya anda mendengar rintihan atau ketidakpuashatian mereka, tapi pernahkah anda mendengar tentang ketidakpuashatian mereka?
2.       Adakah En. Ashul bersetuju dengan setiap premis kedai makan perlu membuat ruangan untuk mereka menghisap rokok?
*insert playback to support the interview
SOALAN – Puan Gaus / Isteri En. Ashul
1.       Pernahkah Puan Gaus mendengar rintihan yang tidak munasabah daripada perokok perokok diluar sana?
2.       Setahu saya, En. Ashul jugak ialah perokok jadi bagaimana beliau berdepan dengan peraturan baru ini?
3.       Adakah Puan Gaus bersetuju dengan peraturan ini?
*insert playback to support the interview
17. T: Penyelesaian Masalah Perokok Di Premis Kedai Makan
Selepas ini, kami akan meneruskan perbincangan ini dengan lebih lanjut. Jangan ke mana-mana!

18. [F- Cara Mengelak Perokok Merokok Berdekatan Orang Lain] + 19. [BUMPER OUT]













SEGMENT 4

20. [BUMPER IN] + 21. [F - Langkah Mengawal Perokok Di Premis Kedai Makan]

22. H: WELCOME BACK

Terima kasih kerana masih setia bersama kami di Oh Manusia!
23. H: DISCUSS TOPIC – Penyelesaian Masalah Perokok Di Premis Kedai Makan
Sekarang, Risk nak kongsikan pengalaman sendiri... bagaimana saya berdepan dengan perokok yang tidak mahu mengikuti peraturan baru ini (Risk to elaborate further based on experience)

[SUPER TOPIK: Penyelesaian Masalah Perokok Di Premis Kedai Makan]

SOALAN –  En. Ashul / Peniaga Kedai Makan
  1. Apakah cara terbaik untuk mereka menyelesaikan masalah ini?
  2. Adakah polis atau jabatan kesihatan harus kerap memantau kepada mereka yang tidak mahu mengikuti peraturan ini?
  3. Patutkah kerajaan membina satu tempat untuk perokok merokok tanpa menganggu orang lain yang tidak merokok?
*insert playback to support the interview

24. H: SOLUTION + CONCLUDE TOPIC
*Risk to recap the important info that had been discussed. And get the guests to drop last words.

SOALAN – En. Ashul / Peniaga Kedai Makan
  1. Apakah nasihat En. Ashul kepada perokok diluar sana?

*Risk to thank the guests and TV11 viewers etc + Remind viewers to watch the show again on tonton, TV11 youtube and rerun every Sunday, 5.30pm on TV11.
25. T: TOPIC / GOS NEXT WEEK – YOUNG RAPPER NUMBER 1, FAZZ AHMAD!
Minggu depan, topic perbincangan kami ialah tentang The Young Rapper Number 1, Fazz Ahmad! Kami akan berbincang bagaimana beliau menularkan diri beliau sendiri dengan kerjaya rap beliau dan tips. Saya Risk Saidon, assalamualaikum, BBB! Bukan Beshe Beshe! Oh Manusia!
26. (ROLL END CREDIT)

Comments